RUMUSAN
Rumusan Yang Cemerlang
1. Rumusan yang cemerlang perlu memenuhi syarat berikut:
- Menepati kehendak soalan
- Mempersembahkan idea secara teratur dengan pendahuluan, isi-isi penting dan kesimpulan
- Mempunyai isi-isi penting secukupnya, meliputi isi-isi tersurat dan isi-isi tersirat
- Menggunakan bahasa baku dengan ejaan dan tanda baca yang betul
- Menggunakan kosa kata yang tepat dan sesuai dengan laras bahasa petikan asal
2. Markah penuh bagi soalan ini ialah 30 dengan pembahagian seperti berikut:
- isi – 10 isi X 2 markah = 20 markah
- bahasa – 10 markah
3. Markah isi dibahagikan kepada bahagian berikut:
- pendahuluan 2 markah
- isi tersurat 8 - 12 markah
- isi tersirat 4 - 8 markah
- penutup 2 markah
4. Perkara yang perlu ada dalam rumusan
- Pendahuluan
- Isi Tersurat
- Isi Tersirat
- Penutup
Menganalisis Soalan Rumusan
1. Baca arahan dengan teliti.
2. Fahami penanda tugasan, yakni kata kunci dalam arahan soalan yang secara jelas menyatakan bahawa soalan itu adalah soalan 'merumus karangan'.
3. Kenal pasti fokus soalan, iaitu fokus pertama (F1) dan fokus kedua (F2) seperti langkah, punca, kesan, faktor-faktor, sebab dan sebagainya.